JellyPages.com

Friday 30 December 2011

My Wife My Princess..(copied)

Sebuah cerpen pendek ,
karya : kasih citra 

Pagi tu aku bangun cam biasa nak pergi kerja , then tetiba parents aku nak cakap something kat aku , sambil menjamah nasi gorang aku pun berborak ngan parents aku . Mama kate die dah ade calon untuk aku , disebabkan mama taknak tengok aku bersedih , sebab aku baru je seminggu break ngan Loqman , laki lahanat yang menyusahkan hidup aku . Tanpa pikir panjang , aku pun terima calon pilihan mama . Aku percaya , apa yang mama pilih itulah yang terbaik untuk aku , Papa ikut je , takut bini lah kate kan , Sebagai seorang business man ,Papa takde mase sangat nak pikir pasal bende ni .

Kompang dipalu , pengantin baru . tak habis-2 lagu pengantin . Aku cari bakal suami aku , langsung tak nampak , aku resah . lepas je majlis ijab kabul dua minggu lepas , langsung mamat tu tak pernah ajak aku keluar ke , tengok wayang ke , date ke papela . Lantakla , aku kahwin pun ikut cakap Mama je .

Malam pertama aku ngan mamat tu , die bole buat donno je bila nampak aku tersipu-sipu dalam bilik tu . Pastu die cakap Gudnite , pastu die tido . Haishh mamat ni , langsung tak peduli kat aku . Ah lantakla , kau taknak , aku seribu kali taknak ! Arghhh , bosan nye , laki sume same je .

Satu hari , suami aku ajak aku pindah , duduk rumah sendiri . Dalam rase sedih , aku tetap gembira sebab tak payah la nak berlakon lagi depan family aku . Bermula hidup sepasang suami isteri . Kiteorang tinggal kat kondominium . Mamat tu tak pernah pun borak ngan aku ke ape ke , asyik duduk dalam bilik je , entah ape die buat . Tak kisahla , lagi aku suka .

Satu hari die kate teringin nak makan asam pedas . Nak taknak , dah name pun isteri kene la juga aku ikut cakap die . Aku pun bukan la pandai sangat masak sampai bole masuk master chef , masak gitu-gitu je boleh la . Lepas masak aku pun hidangla . Tanpa aku panggil , die dah duduk kat meja . Lapar sangat ke suami aku ni ? Hem , biala , lagi senang keje aku , Tak payahla aku buat hobi aku yang nak kene ketuk pintu bilik suami aku sampai lebam-2 tangan aku mengetuknya , pekak ke badak tak tahu la . Mase tengah makan , aku harap sangat die bole lah nak puji ke ape ke , ni tak diam je . Hem , tapela , asalkan aku dah masak , sebab sebelum ni tak pernah aku masak .

Pagi tu , aku rase badan aku sakit-2 , kepala aku rase macam bumi ni dah berpusing-pusing . Aku deman . Disebabkan aku cuti haritu , aku pun terus sambung tido balik . Aku tersedar dalam pukul 10.30 pagi , aku teringat , aku lupa nak kejut suami aku . Maklumlah , kiteorang tido lain bilik . Aku tengok kat meja kecil sebelah aku ada panadol ngan air mineral . Aku nampak Mama , ouhh , ingatkan sape yang letak panadol tadi , takkan suami aku , sebab aku selalu kunci bilik dan kunci spare pun aku simpan . Petang tu , lepas masakkan bubur Mama pun balik rumah . Suami aku balik kerja je terperap dalam bilik , bukan nak tanye aku ni sihat ke ? Tak ke ? Hishh , dasar lelaki .

Satu hari , suami aku cakap die kene pergi outstation selama seminggu . Aku rase happy sangat . Lepas je suami aku keluar rumah , aku terus jerit sekuat hati aku . Betapa gembira nye hati aku . tak payah nak cover-2 sangat . Aku tengok bilik suami aku bersepah sangat , aku pun kemaskan la bilik die . Aku ternampak yang laptop die tak off , pelupa betul la mamat ni . Aku pun curi-2 la bukak , mane tahu boleh korek rahsia die , aku bukak then ternampak satu blog , header blog tu tulis , My Wife My Princess ! Aku terkedu , terkelu !
Sumpah , aku tak pernah rasa dihargai sampai camni .

Aku pun rase macam berminat nak tahu ape lagi yang terkandung dalam blog suami aku  ni . Aku baca bait-bait kata yang die coret kat blog , setitis demi setitis air mata aku gugur . Aku tak sangka suami aku .... aku tak mampu cakap ape-2 . Antara coretan suami aku ...

Hari Ijab Kabul
Ya Allah , sungguh aku gembira saat ini , tanggal 24 april , dia sah menjadi bidadari hatiku . Bidadari yang akan menemani aku di syurga . Aku tak terkata saat aku melihat wajahnya . Sungguh sempurna ciptaan-Mu . Hatiku terasa bagai disiram air dingin bila tangan mulusnya menyambut huluran ku , lalu aku kucup dahinya , buat pertama kali aku menyentuh wanita bukan muhrimku yang kini sah menjadi isteriku . Walaupun saling tidak mengenali , namun lepas mendapat petunjuk melalui solat istikharah , aku yakin , dia wanita yang dititipkan untuk diri ku .


aku terharu sangat bila dia begitu menghargai aku , sedangkan aku ? aku teruskan lagi bacaan ku pada coretan seterusnya ...

Malam Pertama 
Malam pertama aku tidak seperti pasangan lain , tahu tak kenapa sayang ? Abang terbaca blog sayang , sayang tulis , sayang terpaksa terima pilihan Mama kan ? tape , abang faham . Abang tak nak buat sesuatu yang boleh menyebabkan air mata sayang gugur . Abang tak sanggup sebab abang terlalu cintakan sayang .


Air mata aku mengalir lagi , lebih deras dari tadi . kenapa dia terlalu sayangkan aku ? sedangkan aku ? Aku baca lagi ...

Masakan Pertama 
Ini kali pertama aku dapat rasa air tangan bidadariku , sedap sangat sayang! terlalu sedap . Sampai abang tak mampu nak kate ape-2 , sebab itu abang senyap je . Tak sangka , pandai juga sayang masak . terima kasih sayang !


Aku tertawa dalam sendu , sungguh terharu walaupun aku masak ala kadar je . Aku teruskan lagi ...

Cepat sembuh
Abang minta maaf sebab terpaksa masuk bilik sayang , walaupun abang tahu itu perkara paling sayang tak suka . Sebenarnya abang ada spare kunci bilik sayang , abang duplicate awal-awal, takut apa-2 jadi . Abang pelik sebab sayang tak kejut abang pagi tu , selalunya , abang akan terjaga awal lagi dari sayang , tapi abang saje buat-2 tidur , nak tengok macam mane sayang kejut abang , Tapi , pagi tu , abang risau sangat kenapa sayang tak kejut abang . Abang masuk bilik sayang ,tapi sayang tak sedar . Abang rase dahi sayang , Panas ! sayang demam , abang tak sampai hati nak kejut , abang letak panadol dengan air mineral , sebelum abang pergi kerja , abang call Mama , suruh die jaga sayang . Balik dari office , abang terus masuk bilik , abang takut nanti abang tak dapat kawal diri , nanti abang sentuh dahi sayang , sayang marah pula . Abang jenguk kat ruang tamu , tengok sayang terlena depan tv , abang tak sampai hati nak kejut , abang angkat sayang bawa masuk bilik , sayang masih demam , abang ambil tuala basah , letak atas dahi sayang . Sayang tak perasan ke ? tapela , cepat sembuh ye sayang .


Kali ni , air mata aku bercucuran lagi . Tak sanggup lagi aku nak baca coretan suamiku , rupanya selama ini , dia selalu habiskan masa buat entry pasal aku , die tak berani nak luahkan kat aku , aku sangat terharu . Tak sanggup rasanya aku nak lukakan hati lelaki sebaik dia . Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang buka pintu , siapa lagi kalau bukan suami ku ? sebab hanya dia yang ada kunci rumah , tanpa buang masa , aku meluru kearahnya lalu memeluknya erat , terlalu erat , seakan aku tak sanggup nak melepaskan dia pergi .
Suami aku yang kebingungan meleraikan pelukan ku lalu meminta penjelasan , aku menarik tangannya lalu menunjukkannya laptop miliknya . Aku tunjuk hasil coretannya , kali ini dia lebih memahami , lantas membalas pelukan aku . Dalam sendu , terasa hatiku tenang dan damai , rasa selamat berada dalam pelukan seseorang yang bergelar suami .

Rupanya mesyuarat suami aku yang akan dijalankan di London ditangguhkan , lalu dia pulang ke rumah . Aku terlalu cinta suamiku , tidak sanggup aku melepaskan dia pergi ,  kini aku bahagia hidup bersama seorang insan yang selama ini tidak pernah kukenali , kini dia sah menjadi suami ku , Suami yang akan aku dampingi di syurga nanti , semoga perkahwinan yang kita bina berkekalan ke akhir hayat .

p/s : blog boleh luahkan perasaan korang tue :) hehe

No comments:

Post a Comment