JellyPages.com

Monday, 21 January 2013

long time no see~~

Assalamualaikum..

hello. hai. hello.

ehem. ehem. well kita bertemu kembali di blog yang tak berapa nak cute plus berterabur ni setelah sekian lama kita tak bersua muka.  *punya la lama menghilang*

welll.. lamer giler aku tak post cerita-2 cantik menarik tertarik kau memang debab. *macam la ramai yang bace blog ni* =='

hmm. nak cerita ape ek ?

ladies and gentle yang tak berapa nak men. cikebum cikebum*

haaa.. you know what ? i'm no longer a school student ! so, spm macam mane ?

spm ?

huaarrrgghhh *menguap*

jyeah ! spm macam tu la. senang ? susah ?

well. since i'm pure science student, of course la... in between. hahaha*

sejujur jujur jujur jujurnya. i'm not well prepared for spm. ngee~  kalau boleh rasa nak ulang balik form 4 and struggle betol-2. bagi budak-2 yang setaraf dengan aku memang nak macam tu. tapi.. macam la boleh undur masa. kan kan kan ?

first day spm tu. sebelom masuk dewan, aku tengok ramai parents kawan-2 aku datang. hmm. spm tahun lepas tak macam mase aku pmr.

why ?

sebabnya.. masa kaunselor bagi ucapan sikit sebelom masuk dewan...

tasha : oit farah ! aku macam nampak ayah kau je tadi.
me : haa ? mane mane ?

lepas je salam salaman dengan cikgu-2 aku terus cari abah and umi. tapi tak jumpa. aku cari kereta pulak. pon tak jumpa.

hmmmm.

me : tasha ! mananya mak ayah aku ?
tasha : eh ? takde ke ? aku salah tengok kot.

ceh. sabor je la dengan cik tasha ni. then aku tengok kawan-2 semua dengan parents masing-2.

tanpaku duga..*ayat skema*

tasha : oit. kau nangis ke?
me : kau la. bagi harapan palsu kat aku. *nangis*

aku nangis ?

yeah man.. aku nangis sebab umi and abah tak datang macam waktu pmr dulu. bila pikir-2 balik baru aku ingat yang maybe umi tak larat. lagipon kan umi baru lepas operate. hmm. tak pe la. redha je.

then tiba-2 mak izzati lambai-2 kat aku. aku pon pergilah salam dengan cik zizah. lepas tu die bagi kata-2 semangat plus nasihat kat aku. die cakap umi tak dapat datang. lagi la laju air mata aku turun. huhu. sebak giler kot. 

pastu bila dah masuk dewan, pengawas pulak tanya kenapa mata aku merah.

hisshhh.

boleh pulak die tanya. malu aku nak jawab. mesti die ingat aku cengeng. hahaha*

okeh la gegirl and boboy sekalian.

sampai sini je dulu cerita nenek untuk korang ek. mane-2 yang tertido or tersengguk dok dengar cerita nenek sila bangun ok. cerita nenek dah abis.

THE END








Wednesday, 14 March 2012

Love is cinta....♥


cinta adalah santapan jiwa
jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong
cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali
cinta juga seperti sinar matahari;
tidak memilih siapa yang ia sinari
sentiasa memberi kehangatan di hati

lantaran adanya wanita,alam menjadi indah
lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna
lantaran adanya lelaki dan wanita
terkadang sempurnalah suatu kelemahan
di sebalik sesuatu kekuatan

jika kamu mahu menerima cinta,
kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu,
makin banyak cinta kamu beri,
makin banyak cinta yang akan kamu terima,
mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus kepada dirimu sendiri 
belajarlah untuk melakukan perkara-perkara kebaikan

dan formula untuk mencipta hubungan yang ceria,penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir "apa yang dapat aku beri?" dan bukan "apa yang akan aku dapat?"

THE END


Bedtime story : kasih sayang.....

Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru.ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.....

pelajar : "cikgu..macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??"

cikgu : "ok..kamu ikot ape yang cikgu suruh..kamu pergi ke padang ,,kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu..pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali..dan petik rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas.."

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pon di tangannye..cikgu bertanya....

cikgu : "kenapa tiada rumput yang di pilih?"

pelajar : "tadi masa saya berjalan,,saya carilah rumput yang paling cantik...memang ade banyak yang cantik   
              tapi cikgu kata petik yang paling cantik..maka saya pon terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..tapi,,sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pon yang paling cantik...mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik...."

cikgu : "ya...itulah jawapannya...maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,,janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu...kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya ...jangan kite menoleh ke belakang lagi kerana berlaku tetap dah berlaku dan semoga yang berlalu takkan berulang lagi...dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik...maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik...seperti rumput....."


THE END